Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

12/02/2009

Peristiwa Banjir di Arab Saudi ( Jeddah ) 2009

Berikut merupakan sebahagian gambar yang diterima dari rakan-rakan diarab saudi... tengok jer....



8/26/2009

Berhati-hati dengan pencuri gambar

http://nicefocus.fotopages.com/
http://nicefocus.blogspot.com/
http://galerikahwin.blogspot.com/
http://galerinicefocus.blogspot.com/
http://albumnicefocus.blogspot.com/
http://s274.photobucket.com/albums/jj269/nicefocus

Berhati-hati dengan maklumat pakej dari website tersebut, semua gambar yang terkandung adalah milik jurugambar lain, termasuk lah hak milik http://www.pengantin.biz/ yang telah di curi.

harap berhati-hati

maklumat lanjut layari:

http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?p=300491#post300491

2/01/2009

Pengisytiharan dibuat 5 Februari 2009 POKOK SENA DAERAH KE 12 DI KEDAH

Apabila menjadi sebuah daerah penuh semua urusan penduduk melalui Pejabat Daerah tidak lagi perlu datang ke Alor Star. Pejabat Daerah di sini memberi perkhidmatan berkaitan pembangunan luar bandar (projek-projek kecil), bencana alam dan kesihatan, cukai setem dan pelesenan (cukai hiburan).
Oleh: AMELIA HASHIM

POKOK SENA - Encik Zahari Ismail adalah Pegawai Daerah kedua bagi Daerah Kecil Pokok Sena tetapi selepas ini beliau adalah Pegawai Daerah Pokok Sena yang pertama apabila daerah ini diisytiharkan sebagai daerah penuh. Sebelum ini Tuan Haji Zauki Musa yang sekarang bertugas di Daerah Bandar Baharu. Encik Zahari menggantikan beliau bermula pada 15 Mei 2008.

Menurut Encik Zahari, sebelum ini Pokok Sena dikategorikan sebagai daerah kecil seperti Air Itam dan Merbok. Pada 5 Februari 2009 nanti Daerah Pokok Sena bakal mencatat sejarah apabila diisytiharkan sebagai daerah ke 12 di Kedah oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
Apabila menjadi sebuah daerah penuh semua urusan penduduk melalui Pejabat Daerah tidak lagi perlu datang ke Alor Star. Pejabat Daerah di sini memberi perkhidmatan berkaitan pembangunan luar bandar (projek-projek kecil), bencana alam dan kesihatan, cukai setem dan pelesenan (cukai hiburan).

Katanya peristiharan ini memang dinanti-nantikan. Ini kerana keluasan dan jumlah penduduk sudah layak untuk mempunyai daerah sendiri. Oleh itu pada 26 November 2006 Jemaah Menteri telah bersetuju daerah ini dinaik taraf daripada daerah kecil kepada daerah penuh.
"Pembangunan sedang pesat berjalan dalam semua bidang. Dari segi tempat rekreasi untuk pelancongan katanya, telah dikenal pasti sebuah tempat yang terdapat lata. Kawasan ini masih kosong akan dibangun sebagai tempat pelancongan. Tetapi masih di dalam perancangan mungkin akan dimasukkan ke dalam program Rancangan Malaysia Ke-10.

"Selain itu, kita juga bercadang mewujudkan kawasan 'bandar baru' yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan. Kawasan yang cantik seluas 400 hektar yang terletak di Jalan Pokok Sena ke Gajah Mati. Di sini juga letaknya Penjara Pokok Sena. Ini juga masih di dalam perancangan," ujarnya.

Tambahnya lagi, dari segi pembangunan Pokok Sena ada potensi besar untuk berkembang. Kawasan di Mukim Jabi telah menjadi milik bebas yang memberi kemudahan kepada pelabur. Ini ditambah dengan kemudahan jalan raya Alor Star ke Durian Burung merentasi daerah ini.
"Sebelum Pejabat Daerah beroperasi Pejabat Tanah Daerah memulakan perkhidmatan untuk orang ramai berurusan di sini. Begitu pun perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan masih di Bandaraya Alor Star, walaupun daerah ini mempunyai lebih 7000 pegangan yang layak membayar cukai," ujarnya.

Sebagai Pegawai Daerah Encik Zahari menaruh harapan yang Pokok Sena akan membangun sama seperti daerah-daerah lain dalam semua aspek.

1/20/2009

kain Sejadah ...

Semalam saya dikejutkan dgn berita , ada sebuah rumah cikgu di perumahan Guru-guru Kubur panjang, mendakwa terlihat kain sejadah ataupun mudah disebut tikar sembahyang, yang pada asalnya dihampar diatas lantai , ketika waktu maghrib tuan rumah menyedari kedudukan tikar sembahyang nya telah berubah kedudukan seperti dalam gambar... semakin lama makin berubah kedudukan.. saya tak tunggu lama, cuma sempat snap 4-5 keping gambar.


4/11/2008

(The Bible version of Fitna) - video SCHISM balas video FITNA

JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video
selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang
menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert
Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil
yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman
memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur
keganasan. untuk lihat video tersebut: http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk

Sambungan artikel:

“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam
‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya. Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna.

Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya. “Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan
keganasan dan pertumpahan darah. Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,”


kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac,
ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali
semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi

source: SINI

3/26/2008

P Ramlee pun kutuk UMNO

Secara tak sengaja terjumpa kepilan dari seorang rakan Youtube yang memaparkan dialog dari sedutan filem P Ramlee.. menarik juga.. saksikan..


3/13/2008

Debaran sebelum BN Kedah tumbang

Helmi Khalid
Thu | Mar 13, 08 | 11:38:25 am MYT

Ditemani jurugambar Harakah, Wan Zahari Salleh, saya keluar sekitar jam 8 pagi dari Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah di Kobang Rotan pada pagi hari mengundi, 8 Mac lalu menuju ke kawasan Dun Sungai Limau.

Kami melalui beberapa pusat mengundi dalam Dun Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor. Suasana tidaklah begitu rancak, namun tidak pula begitu sunyi.

Bagaimanapun seingat saya suasana kali ini amat jauh bezanya dengan tiga pilihanraya umum yang lalu, iaitu pada tahun 1995, 1999 dan 2004.

Puteri Umno langsung tidak nampak berkempen di bangsal panas BN, yang tinggal hanya makcik-macik berbaju putih berkain merah. Suasana serupa kelihatan di semua pusat mengundi yang kami lalui.

Sekitar jam 10 pagi, kami mengikuti kenderaan pacuan empat roda yang membawa Ustaz Azizan Abdul Razak, penyandang kerusi Dun Sungai Limau, singgah di bangsal panas berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Kami berjalan kaki ke bilik mengundi di sekolah berkenaan.

Ustaz Azizan berbaris panjang bersama pengundi lain di saluran 1. Ramai yang menegur, beliau dilihat berseloroh dengan mereka.

Rata-rata pengundi di situ berkopiah, bertudung labuh, memanggil 'Ustaz' bila ternampak Pesuruhjaya PAS Kedah itu. Saya berbisik dengan Wan Zahari, "itu orang PAS kot, sebab tu tegur ustaz."

Selesai membuang undi, Ustaz Azizan - sebelum kami bersalaman untuk meninjau di kawasan lain - sempat berkata, "Enta perasan tak, suasana hari ini macam di Kelantan tahun 1990."

"Ya ka Ustaz?" balas saya. Nak mengaku lebih-lebih pun tahun 1990 saya baru di tingkatan lima, dan tak pernah pun pergi Kelantan masa itu, hanya menyorak kawan-kawan yang menyokong Umno di bilik TV asrama B, Kolej Sutan Abdul Hamid.

Dari Bukit Besar, kami melalui jalan utama Sungai Petani-Alor Star, masuk ke jalan Alor Mengkudu, mencari Dr Ismail Salleh, calon PAS Dun Alor Mengkudu. Kami bertemu di Tok Keling, rupanya di situ kubu PAS. Bagi saya dua tempat tadi belum dapat dibuat apa-apa kesimpulan mengenai mood pengundi.

Kami bertolak pula ke Jalan Datuk Kumbar, sempadan Parlimen Pokok Sena dan Alor Star, singgah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kumbar. Bergenang air mata saya apabila melihat kalangan kaum Cina memegang payung, bendera dan sepanduk PAS.

Mereka berkempen. Di situ amat kurang kelibat perayu undi BN. Lama juga Wan Zahari mengambil masa merakamkan gambar di situ. Jam 1 petang. Saya belum menunaikan tugas untuk mengundi, lalu kami terus ke Taman Aman, Anak Bukit. Bangsal panas BN di situ pun tidak seperti biasa, sudah kurang petugas berbanding jumlah petugas di bangsal panas PAS.

Keluar dari bilik mengundi, baru tergerak hati untuk mengikuti Haji Amirudin, calon PAS Dun Anak Bukit. Tiba-tiba beliau muncul di Taman Aman, saya bertanyakan peratus keluar mengundi di tempat-tempat yang telah beliau lawati. Katanya, lebih 70 peratus.

Peratusan itu bagi Anak Bukit agak tinggi. Ada sedikit kebimbangan dalam hati, apa tidaknya Anak Bukit semestinya mahu dirampas kembali oleh BN.

Kerana tidur yang tidak menentu dalam tempoh kempen, mata sudah lali, letih, tetapi saya ingin melihat reaksi pengundi bukan Melayu dengan lebih dekat. Destinasi terakhir pilihan saya adalah Dun Kubang Rotan, mengikuti calon PAS Mohd Nasir Mustafa kerana beliau banyak program tersendiri dengan masyarakat Cina.

Beliau risau dengan kawasan pengundi Melayu. Sedangkan pengundi Cina memberikan reaksi positif apabila beliau bersalaman dengan mereka.

Kami balik ke markas di Kubang Rotan, 'rumah rasmi' kami ketika bertugas dalam pilihan raya ini. Kawan-kawan di situ memberikan gambaran cukup baik, kata mereka, orang Umno akan tolong PAS kali ini.

Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, dari rumahnya di Kg Raja, Kubang Pasu hantar SMS, "agak anta kita dapat berapa?" Saya membalas, paling tinggi 10 kerusi. Saya mengambil kira empat dari lima kerusi yang dimenangi pada 2004 boleh dipertahankan, Belantek kalah kerana 1031 pengundi pos di sana.

Jam 6 petang Wan zahari ke Arau, Perlis, sementara saya menuju ke bandar Alor Star kerana ada rakan ingin berjumpa. Dalam perbualan dia memberitahu, PAS boleh bersiap-siap kerana "dah menang".

Saya tidak menunjukkan reaksi terkejut tetapi terpaksa berfikir sejenak. Benarkah apa yang diberitakan rakan tadi kerana maklumatnya selalu tepat memandangkan tugas beliau yang rapat dengan bahagian risikan.

Kira-kira jam 7 malam, saya dihubungi Setiausaha PAS Kedah, Yusuf Husin. Katanya, panggil semua wartawan malam ini jam 10 atau 11.00 malam ke Kompleks PAS Kedah. Pelik bunyinya. Beliau ramalkan BA akan menang lebih 20 kerusi Dun.

Sampai di kompleks, ada sekitar 20 petugas, tetapi dalam bilik gerakan sudah jadi macam pejabat bursa saham. Laporan dari saluran-saluran seluruh negeri mula masuk melalui emel dan faks.

Saya bertemu Yusuf yang lebih dikenali Pak Cup, bincang apa nak tulis dalam Harakahdaily. Katanya, boleh masuk dulu kenyataannya, Kedah dah menang 15 kerusi.

"Ini bukan melawak, kalau tulis menang dah 15, tau-tau kalah malu ana yang tulis," kata saya.

"Anta tulis cukuplah, ana yakin kita menang 20 kerusi lebih, kita akan perintah Kedah Helmi," jelas beliau.

Ketika rancak menyusun idea, salah seorang petugas bilik gerakan meneriak, "Merbau Pulas confirm dah menang." Dua kali dia ulang. Akhir sekali dia beritahu Yusuf, "Merbau Pulas confirm Ustazah Aishah Ghazali, Ketua Muslimat PAS Kedah dah menang."

SMS pun banyak yang masuk, banyak juga panggilan yang saya abaikan. Detik hati saya berkata, kalaulah Merbau Pulas boleh menang, saya percaya ramalan Yusuf tadi, dia juga orang lama dalam jentera pilihan raya PAS Kedah.

Bilik gerakan terus menambah jumlah kerusi yang dimenangi. Nak tulis pun sudah payah; tulis menang enam, tiba-tiba tambah lagi dua kerusi. Berita Kedah menang 15 kerusi keluar, makin banyak SMS dan panggilan masuk. Saya kata, insyaallah PAS akan menang di Kedah.

Laungan takbir makin gamat di luar pejabat. Di ruang Dewan Dato' Haji Fadzil penuh dengan pemuda membawa bendera PAS, rakan dari bilik media di Mentaloon turut SMS sekitar jam 9.45, "PAS menang, tahniah."

Carta Dun yang dimenangi genap 15 kerusi, keADILan sudah empat kerusi, 19 kerusi. BA sudah menang simple majority, sah BA menang di Kedah.

Kemudiannya DAP pula mengesahkan kemenangan di Kota Darulaman, Bebas menang di Bukit Selambau, dan akhirnya PAS menambah bilangan kerusi di Tanjung Dawai.

Para wartawan mula berada di Kompleks PAS sekitar jam 10 malam. Itu juga antara petanda awal PAS dah menang. Melihat ramainya rakyat dalam dewan, amat terharu dan bersyukur, pada usia ini, saya melihat pelbagai sejarah yang terukir untuk PAS. Lutfi turut bekejar untuk menyaksikan pembentukan sejarah baru Kedah.

Walaupun masih bersekolah, saya faham PAS sudah menawan Kelantan pada tahun 1990. Tahun 1999 saya melihat PAS menang di Terengganu, 13 Jun 2002 lalu, kita meratapi kehilangan Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Dan Mac 2008, saya melihat parti yang saya sayangi dinobatkan rakyat sebagai kerajaan di Kedah.

Syukur di atas segala yang berlaku.

3/09/2008

Suasana di WISMA DARULAMAN selepas PAS menawan KEDAH

ketika mengetahui keputusan bakal berpihak kepada PAS, aku dan Acura terus bergegas kesana, sampai aje disana.. org belum ramai... kamis empat tangkap beberapa gambar.. lepas tuh baru lah FRU mula sampai.. dan semakin ramai dan ramai.........tahniah PAS..KEDAH diTAWAN



2/24/2008

Sumbangan kepada Parti Anda




Bendera Barisan Nasional


Lambang PAS


Lambang PKR












SUMBANGAN KEMPEN PARTI
PILIHANRAYA UMUM


Manfaatkan
kelebihan sistem Sms dengan menaja untuk kegunaan petugas
bilik gerakan. Sistem ini boleh dibekalkan kepada bilik
gerakan yang di kawal sepenuhnya oleh petugas ataupun pihak
anda sendiri.


Selepas
musim pilihanraya berakhir, anda masih lagi boleh
menggunakan sistem ini untuk kegunaan peribadi atau syarikat.


Mungkin
berbaloi jika anda juga dapat menyimpan senarai nombor bagi
kawasan yang telah anda taja.



Apakah
Kelebihan sistem?


1-
Menghantar pesanan Sms secara pukal melebihi 10,000 sms,
jika pengirim sudah memiliki senarai nombor telefon.


2-
Pentadbiran Bilik Gerakan boleh mengarahkan setiap petugas
mengirim Sms pendaftaran ke sistem bagi tujuan menyenaraikan
nombor mereka kedalam senarai.














SMSP KULIM



Hantar ke
33112.



3- Sistem
boleh memisahkan setiap pendaftaran petugas mengikut
kehendak masing-masing, ini bertujuan memudahkan pihak
pentadbiran mengenal bilangan jumlah petugas dalam kumpulan
dan mudah memberi arahan kepada petugas yang berkaitan
sahaja.















Sender : BG
KULIM

Terima kasih,
Nombor anda telah direkodkan dalam senarai
petugas bilik gerakan Barisan Nasional Parlimen
Kulim. Anda akan menerima maklumat terkini dari
masa kesemasa. Sebarang aduan atau laporan sila
taip

SMSP KULIM <msg>


Hantar 33112



4- Arahan
, berita, info, laporan, aduan dan sebagainya boleh dihantar
oleh kedua-dua pihak menggunakan telefon bimbit
masing-masing.















Sender : BG
KULIM

Ceramah akan
bermula tepat jam 9malam, semua petugas diminta
mengawal lalulintas dan memastikan kenderaan
diletakkan ditempat yang disediakan. Sila hantar
laporan bagi sebarang masalah yang timbul.



4- Selain
itu, Pengirim juga boleh mengirim Sms kepada bakal-bakal
pengundi sekiranya mempunyai senarai nombor mereka, Dapat
merayu undi secara peribadi sehingga ke tempat membuang undi















Sender :
UNDILAH PAS

Orang Melayu
akan hilang maruah jika BN terus memerintah,
Jalankan tanggungjawab anda dengan sempurna
UNDILAH PAS



4-
Pengirim boleh mengubah setiap SENDER dalam kiriman
SMS kepada apa saja perkataan yang difikirkan sesuai.




PERISIAN SMS SERVER


Setiap
pengirim memiliki ID dan katalaluan bagi tujuan keselamatan









Masa agak
terhad. kami menawarkan pemasangan perisian secara online
dalam tempoh 30 minit. sila terus hubungi talian dibawah
untuk maklumat lanjut.



Hantar SMS
percubaan , ikut arahan berikut.














SMSP PARTI



Hantar ke
33112.














Maklumat lanjut

013-456 3435


sms.server.my @ gmail . com




http://docs.google.com/EmbedSlideshow?docid=dg8v4x99_0j5ps89gb





1/30/2008

Loloq meninggal dunia

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm




PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.

Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak

1/27/2008

Suharto meninggal dunia


Suharto meninggal dunia


27/01/2008 2:50pm
JAKARTA 27 Jan. - Bekas Presiden Indonesia, Suharto yang memerintah Indonesia selama 32 tahun, telah meninggal dunia hari ini di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP).


“Presiden kedua Indonesia, Haji Muhammad Suharto telah meninggal dunia pada pukul 1.10 minit (pukul 2.10 minit waktu Malaysia,” kata seorang pegawai polis, Mejar Dicky Sondani kepada pemberita.


Suharto, 86, berada dalam keadaan kritikal semenjak dikejarkan ke RSPP pada 4 Januari lalu dengan mengalami beberapa masalah pada bahagian jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Pasukan doktor yang merawat Suharto menjelaskan bahawa beliau mengalami kegagalan beberapa organ untuk berfungsi sebelum koma dan seterusnya meninggal dunia. – Reuters