
Aku tatau apa nama lagu, apa maksud lagu, apa dia semua aku tatau..
dengar sudah, lepas tuh kita pie hadyai bercuti disana.....
Yang penting apabila ditekan ia mengeluarkan huruf, kalau ditekan berkali-kali ia menjadi perkataan, kalau ditekan tanpa henti ia menjadi cerita....

Komen:
Lagu nih berentak dangdut, aku minat lenggok dia , mula2 agak2 susah nak ikut, tapi bila diulang berkali2 dapat pula, jarang nak jumpa lagu macam nih, ini pun sebab abang aku curi cd siapa tatau (mungkin dia kebas cd lagu maid yg jaga bini dia masa dalam pantang dulu).
penyanyi lagu ini nama asep, seorang yang buta, berjaya mendapat tempat dikalangan artis di Indonesia, aku tak kenal sangat asep nih. aku search dalam internet tak ada langsung gambar dia. hanya ada beberapa rencana saja. cerita mengenai kejayaan dia menempah nama sebagai penyanyi dengan suara yang lunak (sama ja mcm aku nyanyi nih) hehhe
hayatilah lagu nih........
Penyanyi nih sangat terkenal dengan lagu2 syahdu dia.. berasal dari mesir.....muka tak lah handsome sangat kalau banding dgn aku..tapi rupa dia nampak macam rupa seposen jer bila nyanyi...sesaja buat kot rasanya , sesuai dengan lagu sedih dierr..
Komen:
Serabut la dengan lagu nih...tapi best...bukannya apa.. bahasa mesir dia kaw sangat susah nak ikut.. dah ler lenggok bunga diaer ya allah.... mendayu-dayu... banyak kesilapan masa nyanyi lagu nih..
oleh kerana nak rehat awal.. aku terus burn dan upload juga kesini... mana tahu.... ada yang berkenan..hehehe
Lagu nih dinyanyikan oleh Assi El Halani aku tak kenal sangat dia nih (macam ler yang lelain kenal sangat) maksud aku, aku tak berapa ingat sangat pasla dia nih. lagu nih antara yang aku pernah dengar dan minat .
Wael Kafoury memang terkenal dengan muka handsome nya kemudian sore dia plak macho...
aku plak yang nyanyi, naik lagi lah saham aku ehhehehe
Komen:
Masa rekod lagu nih, aku tak der apa sangat problem, sebab lirik dia pun senang baca, lagu dia tak ler laju sangat, banyak masa nak standby lirik seterusnya....Hari nih kerana tak busy , aku cuba merekodkan beberapa lagu versi Arab.. eermmm cuba komen...selebihnya aku upload nanti..
Komen:
Aku suka lagu nih nyanyian Ehab Tawfeeq dari Mesir sebab suaranya yang unik, halus dan sengau ehhehe...
Masa rekod lagu nih ada beberapa part yang kena ulang semula memandangkan lirik nya yang laju dan ada bahagian hujung-hujung tuh aku sesak nafas...... panjang sangat..siap ada lenggok bunga-bunga lagi.. aku kagum dengan Ehab Tawfeek nih.......