1/30/2008

Loloq meninggal dunia

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm




PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.

Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak

1/29/2008

AbgFir-Elli Kan



Nancy Ajram, semua orang dah kenal, tak payah cerita dah pasal dia.... aku sesaja cuba nyanyi lagu2 dia... walaupun lirik dia terpaksa ikut lagu asal.. tak kisah lah.. janji nyanyi.. terjemahan tak betul pun tak apa ...
Komen:
Aku baru sampai dari KL malam tadi.. kat bukit gantang pekena kopi gano.... lepas tuh bila sampai rumah mata tak leh pejam.... apa lagi try record apa2 lagu yang belum buat.. nampak lagu elli kan nih slow sikit... susah juga nak ikut lenggok dia... aku harap sesapa yang dengar nih.. beri komen ... harap sangat-sangat


1/27/2008

Suharto meninggal dunia


Suharto meninggal dunia


27/01/2008 2:50pm
JAKARTA 27 Jan. - Bekas Presiden Indonesia, Suharto yang memerintah Indonesia selama 32 tahun, telah meninggal dunia hari ini di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP).


“Presiden kedua Indonesia, Haji Muhammad Suharto telah meninggal dunia pada pukul 1.10 minit (pukul 2.10 minit waktu Malaysia,” kata seorang pegawai polis, Mejar Dicky Sondani kepada pemberita.


Suharto, 86, berada dalam keadaan kritikal semenjak dikejarkan ke RSPP pada 4 Januari lalu dengan mengalami beberapa masalah pada bahagian jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Pasukan doktor yang merawat Suharto menjelaskan bahawa beliau mengalami kegagalan beberapa organ untuk berfungsi sebelum koma dan seterusnya meninggal dunia. – Reuters



1/23/2008

Kena spy depan webcam..


- The most popular videos are a click away


Cerita nih berlaku beberapa ribu jam yang lalu, dimana suatu har masa tengah sembang dgn tokwan dalam skype. dia minta aku bagi url yang lawak dalam youtube tuh.. aku pun bagi ler...

tetiba aku tengok lain macam jer diaorang gelak , masa tuh webcam tengah on. aku pun sempat juga capture.

inilah hasilnya, bila dah lama2 mcam nih boleh juga jadi bahan lucu.

1/21/2008

AbgFir Edit - "Lia Sofia" - Cleopatra Stratan - Ghita

Lia Sofia tahu aku tengah edit clip video nih untuk dia.. tapi dia buat2 tak peduli jer.. bila dah siap aku tengok dia pun dah terlena kat tepi aku... jadi aku pun buat lah kerja2 aku sampai lah aku pun terlena... laptop aku biar hidup.... saja malas nak shutdown... jaga jam 6 pagi tadi tengok dia tengah godek2 video yang dah siap nih, tak tahu apa yang dipetik nya kat keyboard nih....

hasilnya aku upload disini dan juga kat Youtube , bukan apa , saja simpan buat kenangan......

Bila siap clip video nih aku terasa macam maksud tersirat disebalik clip nih dengan lagu nih.. seolah sofia nih nak kebebasan agaknya...

tatau lah aku tak faham apa lirik lagu nih ehhehehhe

1/20/2008

AbgFir-haddi khalliki



Komen:
Nama penyanyi asal lagu nih ialah Ala Zalzali.. orang lubnan lah kot..bahasa dia sama macam wael kafury.. lagu dia sentimental sikit.. mudah la aku nak follow... lagu nih dibikin jam 1 pagi maaaaaaa......ambik masa 25 minit nak siapkan lagu nih..... sapa pandai cari kat mana ada bunyi lori hehehehhe


1/19/2008

Bila anak murid bijak OTAK GENIUS - guru besar OTAK xxx !


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".





P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

AbgFir-kembalilah sayang


Komen:


Lagu nih berentak dangdut, aku minat lenggok dia , mula2 agak2 susah nak ikut, tapi bila diulang berkali2 dapat pula, jarang nak jumpa lagu macam nih, ini pun sebab abang aku curi cd siapa tatau (mungkin dia kebas cd lagu maid yg jaga bini dia masa dalam pantang dulu).


penyanyi lagu ini nama asep, seorang yang buta, berjaya mendapat tempat dikalangan artis di Indonesia, aku tak kenal sangat asep nih. aku search dalam internet tak ada langsung gambar dia. hanya ada beberapa rencana saja. cerita mengenai kejayaan dia menempah nama sebagai penyanyi dengan suara yang lunak (sama ja mcm aku nyanyi nih) hehhe


hayatilah lagu nih........




AbgFir-Sejiwa



Komen:

Rupanya kalau bangun pagi2 terus nyanyi, suara serak, ingatkan biasa jer,, tapi kita leh terasa perbezaan apabila dengar semula. ini lagu dari album kumpulan Spring. banyak koleksi Spring yang aku minat, tapi malas nak nyanyi semula takut teringat semula kenangan lama2 hehehe





AbgFir-Mati Hidup Semula


Komen:
Rakaman Lagu nih di Studio kawan kat Gombak, Kuala Lumpur....

AbgFir-Biarlah Bulan Bicara Sendiri


Komen:
Rakaman Lagu nih di Studio kawan kat Gombak, Kuala Lumpur....








AbgFir-Jangan Menghancurkan


Komen:
Rakaman Lagu nih di Studio kawan kat Gombak, Kuala Lumpur....




AbgFir-Sayang Semuanya Sudah Terlambat


Komen:
Rakaman Lagu nih di Studio kawan kat Gombak, Kuala Lumpur....




AbgFir-Kini Ku Menangis Lagi



Komen:
Rakaman Lagu nih di Studio kawan kat Gombak, Kuala Lumpur....





AbgFir-Gadis Melayu




Komen:

Rakaman Lagu nih di Studio kawan kat Gombak, Kuala Lumpur....


AbgFir-Sendiri



Komen:
Rakaman Lagu nih di Studio kawan kat Gombak, Kuala Lumpur....



AbgFir-Seroja



Komen:
Rakaman Lagu nih di Studio kawan kat Gombak, Kuala Lumpur....



1/18/2008

AbgFir-ya ritni

Penyanyi nih sangat terkenal dengan lagu2 syahdu dia.. berasal dari mesir.....muka tak lah handsome sangat kalau banding dgn aku..tapi rupa dia nampak macam rupa seposen jer bila nyanyi...sesaja buat kot rasanya , sesuai dengan lagu sedih dierr..



Komen:

Serabut la dengan lagu nih...tapi best...bukannya apa.. bahasa mesir dia kaw sangat susah nak ikut.. dah ler lenggok bunga diaer ya allah.... mendayu-dayu... banyak kesilapan masa nyanyi lagu nih..

oleh kerana nak rehat awal.. aku terus burn dan upload juga kesini... mana tahu.... ada yang berkenan..hehehe

AbgFir-mali saber

Lagu nih dinyanyikan oleh Assi El Halani aku tak kenal sangat dia nih (macam ler yang lelain kenal sangat) maksud aku, aku tak berapa ingat sangat pasla dia nih. lagu nih antara yang aku pernah dengar dan minat .





Komen:
Masa nyanyi lagu nih aku baru perasan penyanyi untuk lagu nih 2 orang ler..... tapi tak jadi masalah, aku nyanyi dulu yang penyanyi pertama..kemudian nyanyi pula yang part penyanyi kedua. akhirnya kedua2 dicantum jadi satu lagu.......pandai tak aku..pandai tak...??



AbgFir-hekayet-aasheq

Wael Kafoury memang terkenal dengan muka handsome nya kemudian sore dia plak macho...


aku plak yang nyanyi, naik lagi lah saham aku ehhehehe


Komen:

Masa rekod lagu nih, aku tak der apa sangat problem, sebab lirik dia pun senang baca, lagu dia tak ler laju sangat, banyak masa nak standby lirik seterusnya....




AbgFir-tetragga_feyya

Hari nih kerana tak busy , aku cuba merekodkan beberapa lagu versi Arab.. eermmm cuba komen...selebihnya aku upload nanti..




Komen:


Aku suka lagu nih nyanyian Ehab Tawfeeq dari Mesir sebab suaranya yang unik, halus dan sengau ehhehe...

Masa rekod lagu nih ada beberapa part yang kena ulang semula memandangkan lirik nya yang laju dan ada bahagian hujung-hujung tuh aku sesak nafas...... panjang sangat..siap ada lenggok bunga-bunga lagi.. aku kagum dengan Ehab Tawfeek nih.......



1/17/2008

kisah perbualan telefon dengan ibu mangsa.......

Sedutan dari Blog : http://thoughtofmasen.blogspot.com/2008/01/ako-saja-suke.html


panggilan 1..

Budak : HElo, nak cakap dengan siapa?

Lelaki A : Mak ada? Nak cakap dengan mak jap. adik gi panggil mak..

sayup kedengaran jeritan si anak memanggil emaknya..

Emak : Hello, ni siapa?

Lelaki A : Aaa, kak.Ni kepala babi ni nak letak mana?

Emak : Haa!? Apadia?

Lelaki A : Ni kepala babi ni akak nak letak kat mana?

Emak : Kamu ni siapa? Kurang ajar betul!

Lelaki A : Eh! Ni tanya ni kepala babi ni nak letak mana!? Satu lori ni penuh dengann kepala babi. Tak percaya akak tengok kat bawah.

Emak : Kamu jangan main-main dengan saya!

Lelaki A : ABIS TU SAPE NAK AMBIK KEPALA BABI NI! SAPE NAK BAYAR KEPALA BABI SATU LORI NI! SAYA TUKANG HANTAR JE!~


panggilan 2..

Lelaki B : Assalamualaikum, helo.

Pakcik : Waalaikumsalam, nak cakap dengan siapa?

Lelaki B : Erm..tumpang tanya sikit, pakcik ada anak perempuan?

Pakcik : oh..ada, ada.

Lelaki B : OoOo..cantik tak? kalau cantik boleh tak saya romen dia?


panggilan 3..

Operator : Hello talian kecemasan, boleh saya bantu?

Sedara SS : Halo..saya mau order itu cendol pulut satu, pulut lebih ah..kasi cepat sket hantar..


...

terserah pada kamo semua untuk percaya atau tidak..tapi semua perbualan di atas adalah benar-benar belaka..hasil penceritaan semula Jejaka BO setelah diskusi mengenai kes penangkapan pemberi maklumat palsu kepada ibu bapa Sharlinie

enatahlah..ako pun kadangkala tak tahu niat orang tersebut..apakah dia mahu membantu, ataupun saja suka menganggu hidup orang lain, ataupun sengaja mahu melihat simangsa lebih menderita amhupun putus harapan..

ako pun tak tahu..

hati orang mana ako boleh tahu, mana ako boleh lihat, mana boleh ako selami..

lain lah ako ada mata hati..

1/16/2008

Ingatkan dah habis orang nak menipu-Kes Sharlinie

Lelaki dibelasah selepas mengaku jumpa Sharlinie


PETALING JAYA 17 Jan. – Gara-gara cuba menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman dan bertanyakan mengenai mangsa culik Sharlinie Mohd. Nashar, seorang lelaki cedera dibelasah penduduk di Taman Medan di sini malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu menaiki sebuah motosikal tiba di depan rumah kanak-kanak itu sebelum memperkenalkan diri sebagai polis Bukit Aman kepada keluarga Sharlinie.


Difahamkan, mereka cuba meminta daripada keluarga mangsa gambar Sharlinie yang lebih besar dan jelas sambil mendakwa mereka pernah terjumpa Sharlinie.


Mereka beredar kira-kira lima minit kemudian tanpa menyedari tindakan itu telah mencetuskan kemarahan penduduk di situ.


Berang dengan apa yang berlaku, penduduk sekitar kawasan perumahan mencari dua lelaki terbabit sebelum menjumpai mereka dan membawa kedua-duanya ke rumah keluarga mangsa.
Ketika cuba meminta maaf, kekecohan berlaku dan salah seorang daripadanya dibelasah, manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.


Bagaimanapun, beberapa anggota polis berpakaian preman yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira 10.10 malam berjaya menahan lelaki yang cedera itu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

1/10/2008

Apa yang mampu kita bantu? Kehilangan ADIK Sharlinie


Assalamualaikum Warahmatullahi wabaraktuh

Sejak tersebar berita kehilangan adik Sharlinie di media massa saya dapati pelbagai pihak yang turun padang membantu seperti mengedarkan risalah dan poster


lakaran wajah suspek dan juga foto adik Sharlinie. Tak kurang juga yang merayu penculik tersebut menyerahkan semula adik Sharlinie. suasana yang agak getir disaat ini menyebabkan kita semua juga tidak dapat duduk senang, rasa terpanggil untuk turut membantu. tetapi apa yang kita patut bantu, risalah & poster hampir dimana2 telah diedarkan oleh orang ramai. sehinggakan kita juga sudah serasi untuk mengingati rupa wajah yang dipaparkan pada poster2.



Apa yang mampu kita bantu?

saya ada sedikit kemampuan untuk berkongsi cadangan dan tips , walaupun tak sebaik yang diperlukan pihak berkuasa tapi mungkin cara ini sedikit membuka ruang kepada kita semua untuk membantu dan mendapatkan apa saja maklumat yang boleh membantu mengesan kehilangan adik Sharlinie.


Kita perlu berkorban sebanyak mungkin.

Saya maksudkan disini ialah, kita perlu berkorban. berubah sedikit dari kehidupan biasa kita.bagaimana?

- kalau dulu kita berjalan tunduk kebawah, sekarang kenalah selalu memerhatikan kelibat wajah-wajah disekitar kita.
- Kalau dulu kita memiliki cctv yang disemak setiap minggu, sekarang kenalah selalu semak.
- Kalau dulu kita memandu laju, sekarang cuba-cubalah perlahan mengenalpasti pemandu lain disekitar (Motor)


Saya mahu anda berfikir seperti saya. meramalkan maklumat-maklumat yang mungkin membantu kita mengesan sesuatu berguna dalam kes ini.

Dalam panduan dan cadangan dibawah ini kita akan andaikan penculik ini dalam dua kemungkinan samada orang tempatan atau warga asing.

Berikut persediaan anda jika ingin membantu.
Contohnya:

A- Pantau persekitaran
Kita tidak tahu dimana penculik ini berada, kemana halatuju dia,

1- Rakaman CCTV
Bukan semua rumah memiliki kemudahan cctv, juga masih ada premis yang belum memasang, walaupun disyorkan pihak berkuasa tapi memandangkan kos yang agak tinggi, CCTV kurang digunakan terutama dirumah-rumah

Kalau anda memiliki Komputer yang di lengkapi Webcam. Mungkin boleh dijadikan CCTV .


1- Pastikan komputer dalam keadaan baik dan mampu berfungsi selama berjam-jam


2- Webcam berfungsi dengan baik. Sebelum itu anda perlu mendapatkan dikedai yang menjual barangan komputer, dapatkan sambungan USB sepanjang 5 meter , ini bertujuan agar webcam yang ingin digunakan dapat diletakkan dilokasi yang sesuai dengan sambungan wayar yang panjang. Kalau computer sudah berada ditepi tingkap mungkin tidak menjadi masalah, kecuali jika anda perlukan visual yang lebih jelas elok diletakkan dilokasi yang lebih dekat dengan halaman rumah dan hampir dengan jalan.(jangan terdedah sampai dikebas orang pula)

3- Program capture atau merekod pergerakan dihadapan webcam boleh diperolehi di http://www.zonetrigger.com/ZoneTriggerInstaller.exe anda cuba lah sendiri menggunakan perisian ini, walaupun kena bayar, buat sementara nih guna jer lah dulu, yang penting dapat merekod samada video atau gambar mengikut spesifekasi yang anda tentukan. Boleh merekod sepanjang masa ataupun ketika terdapat pergerakan (motion)

4- Periksa selalu hasil rekod yang telah disimpan dalam folder \My Documents\WebcamZoneTrigger dikomputer anda.

5- Gambar- anda boleh upload ke Album online yang memberi kemudahan anda upload secara kelompok .seperti PICASA WEB ALBUM - http://picasa.google.com/ atau yang lain-lain , paling penting ialah setiap gambar dinamakan dengan awalan " P-Sharlinie " ini memudahkan carian semula.

6- Video- anda boleh upload mengggunakan http://www.youtube.com/ kerana kebanyakan video telah menggunakan kemudahan website ini. Tetapi sebelum itu, video yang direkekodkan menggunakan perisian tadi adalah dalam format *.WAV jadi anda memerlukan converter yang akan menukarkan fail tersebut menjadi 3GP – jika yang belum mahir, boleh lah menggunakan perisian ini untuk menukar dari WAV – 3GP walaupun jumlah video anda terlalu besar dan banyak, http://www.erightsoft.net/SUPER.html

7- Anda boleh menggunakan Perisian tersedia didalam computer anda seperti Windows Movie Maker bagi tujuan mengubahsuai , meminda atau memotong mana2 bahagian yang tidak diperlukan supaya bahagian penting sahaja diambil. Save kepada WMV kemudian convert menjadi 3GP seterusnya upload ke http://www.youtube.com/ . paling penting ialah setiap video dinamakan dengan awalan " V-Sharlinie " ini memudahkan carian semula.

8- Semua kandungan gambar dan video ini akan dapat dilihat oleh orang lain ataupun pihak berkuasa dengan menggunakan kata carian" P-Sharlinie " & " V-Sharlinie " . semoga dengan cara ini membantu sudut tertentu dimuka bumi Malaysia ini mengesan wajah lelaki yang paling dikehendaki ini.


2- Wajah
Bagi kawasan perumahan mungkin anda mudah mengenalpasti samada orang tempatan atau orang luar. Apatah lagi sekiranya warga asing, jika tiada tapak projek atau tempat mereka bekerja berhampiran sudah pasti kehadiran mereka perlu diteliti kemana arah tuju. Anda perlu bijak menilai perilaku mereka sebelum membuat andaian.


1- Mungkin pakaian nya tidak kemas.
2- Mungkin perwatakan nya telah diubahsuai seperti botak atau memakai topi dan cermin mata
3- Mungkin matanya agak liar.
4- Mungkin…..mungkin….anda sendiri lebih bijak mengagak……


3- Pemandu
Jika anda memandu dan kebetulan terlihat kenderaan seperti motor berhampiran anda, perlahankan kenderaan sambil meninjau wajah pemandu, mungkin ada riak wajah selamba, hairan, pelik, ketakutan yang boleh dimanfaatkan.


1- Lihat kalau2 benda yang dibawa bersama seperti bag atau bungkusan
2- Lihat kalau2 cara pemanduan yang mencurigakan


4- Sampah
Saya andaikan kalau bahan buangan seperti baju mangsa boleh dilemparkan dikawasan buangan sampah atau dimana2 jika anda mengenali pekerja-pekerja yang berkaitan. Minta mereka selalu mengambil perhatian.menurut laporan akhbar mangsa memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.


B- Tumpuan & Keperluan Harian
Penculik juga perlu mendapatkan keperluan harian. Sudah tentu lokasi berikut perlu diberi perhatian. Anda perlu sampaikan maklumat kepada mereka yang berkaitan agar sentiasa memberi perhatian kepada setiap pelanggan yang tidak dikenali.

1- Makanan


1- Mungkin penculik mendapatkan makanan dari gerai2, samada dimakan disituh sebahagian lagi dibungkus dibawa pulang. Mungkin kita akan mendengar dialog “ bungkus 1 …jangan pedas” .
2- pekerja yang memiliki telefon berkamera , kalau tidak keberatan cubalah menangkap sekeping dua gambar pelanggan yang dianggap mencurigakan dan kenderaan mereka. Pastikan pelanggan tidak perasan.


2- Kedai Runcit

1- Mungkin penculik berkunjung selalu untuk mendapatkan bekalan rokok atau pisau cukur dan sebagainya. Pemilik kedai runcit yang mampu memasang cctv elok juga selalu memantau semula rakaman dan memastikan ianya jelas untuk ditonton semula.
2- Penculik mungkin akan membeli barangan snek sperti biskut, minuman, rokok dalam kuantiti yg banyak



3- Petrol


1- Mungkin atendan di stesen petrol perlu lebih peka dengan pelanggan mereka. Memandangkan terlalu ramai yang akan mengisi petrol distesen minyak.selalulah menjeling rupa wajah mereka, jangan mengganggu focus kamera cctv kearah pelanggan, pastikan mereka berada ditempat yang betul .
2- sesekali perhatikan kandungan barangan yang dibawa bersama seperti bag atau bungkusan atau peralatan tertentu dan tinjau rupa paras mereka.


4- Tempat tinggal


1- Jika anda melihat sesorang dikawasan anda yang tidak membuka pintu rumah dan tingkap pada masa ini cuba siasat.
2- Melihat sesiapa sahaja yang mengunjungi kawasan terpencil setiap masa
3- Ternampak /terdengar sesuatu yang mencurigakan dari biasa di kawasan kediaman anda.


C- Tumpuan Lain (Kemungkinan)
Selain tumpuan yang disebutkan diatas mungkin sesekali penculik akan berada dilokasi berikut:

1- Suratkhabar
1- Kalaulah penculik adalah warga asing, mungkin penculik kurang memberi perhatian kepada bahan berita sekadar melihat gambar. Atau membeli pelbagai naskhah akhbar tanpa mengira bahasa, yang penting ada gambar.(Andaian sahaja)
2- Mungkin pihak media boleh cuba paparkan amaran atau rayuan dalam bahasa lain dimuka depan akhbar seperti bahasa Vietnam, Myanmar dan lain secara ringkas… manalah tahu yang membeli nya adalah orang yang tidak pernah membeli akhbar selama ini.secara tak langsung boleh membantu berita2 ini disalurkan terus dari mulut kemulut melalui rakan2 mereka.


2- Laluan rumah mangsa

1- Saya Cuma andaikan mungkin penculik sesekali akan menyusuri laluan rumah mangsa tempat dimana penculikan berlaku, bagi meninjau keadaan terkini.
2- Jiran2 berdekatan yang memahami pemasangan kamera seperti yang saya sebutkan, harap ambil tindakan.

3- Stesen bas


1- Pada masa sekarang sudah banyak tumpuan disetiap stesen bas bagi memantau penculik ini kalau2 cuba melarikan diri.
2- Kerani kaunter yang mahir dengan pemasangan kamera, sila ambil perhatian.


4- Pakaian

1- Saya terfikir juga kalau penculik memerlukan pakaian baru untuk mangsa. Adakah penculik akan dapatkan dikedai2?
2- Atau kebas baju di ampaian kawasan perumahan. Kalau ada maklumat mungkin boleh dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

3- Kita andaikan kalau penculik mengunjungi kedai yang menjual pakaian kanak-kanak, membeli bag, mencari sesuatu dari kedai2 ini tanpa cerewet memilih warna atau saiz. Dan berlalu dengan cepat.
4- Mungkin juga penculik mencari pakaian di pasar2 malam.


5- Ubat


1- Kalau lah penculik memerlukan bekalan ubat untuk mangsa yang dikatakan mengidap penyakit, mungkin farmasi adalah tempatnya. Cctv juga sangat penting di premis farmasi.


6- Pajak Gadai


1- Saya tidak tahu samada adik Sharlinie memiliki perhiasan barangan kemas ditangan dan leher. Kalau2 penculik ambil kesempatan menjual .



Ini lah panduan yang mampu sayan berikan, saya berharap anda juga dapat membantu kongsi maklumat melalui Blog ini. Disamping bahan gambar dan video ataupun mana2 link yang mempunyai kaitan dengan tips ini, boleh dipaparkan disini untuk dikongsi dengan orang lain.
Mungkin pihak berkuasa akan menjadikan bahan rakaman anda sebagai rujukan… jika anda ingin membantu..bantulah seboleh boleh nya.