3/28/2008

Adalah dengan ini diumumkan bahawa semakin ramai kawan semakin banyak nama yang tak sempat nak di ingat. kemudian berlaku lah kekeliruan , kalau kawan jemput kenduri pening nak meneka siapa yang telefon/sms.

jadi dengan cara ini kami semua bersepakat menubuhkan blog http://teratap.blogspot.com/ untuk mengumpulkan semua rekod rakan-rakan terutamanya lokasi rumah. contoh macam ini:



View Larger Map

Siapa yang berminat sila daftar sesegera yang mungkin sebelum buku rujukan peta rakan dicetak...

3/26/2008

P Ramlee pun kutuk UMNO

Secara tak sengaja terjumpa kepilan dari seorang rakan Youtube yang memaparkan dialog dari sedutan filem P Ramlee.. menarik juga.. saksikan..


3/19/2008

Konsert Dangdut Shila Rambo

Siapa yang tak kenal nama disebalik watak dalam cerita ini..... boleh join confrence Pakduck hahahha

Bahagian pertama



Bahagian Kedua


3/13/2008

Debaran sebelum BN Kedah tumbang

Helmi Khalid
Thu | Mar 13, 08 | 11:38:25 am MYT

Ditemani jurugambar Harakah, Wan Zahari Salleh, saya keluar sekitar jam 8 pagi dari Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah di Kobang Rotan pada pagi hari mengundi, 8 Mac lalu menuju ke kawasan Dun Sungai Limau.

Kami melalui beberapa pusat mengundi dalam Dun Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor. Suasana tidaklah begitu rancak, namun tidak pula begitu sunyi.

Bagaimanapun seingat saya suasana kali ini amat jauh bezanya dengan tiga pilihanraya umum yang lalu, iaitu pada tahun 1995, 1999 dan 2004.

Puteri Umno langsung tidak nampak berkempen di bangsal panas BN, yang tinggal hanya makcik-macik berbaju putih berkain merah. Suasana serupa kelihatan di semua pusat mengundi yang kami lalui.

Sekitar jam 10 pagi, kami mengikuti kenderaan pacuan empat roda yang membawa Ustaz Azizan Abdul Razak, penyandang kerusi Dun Sungai Limau, singgah di bangsal panas berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Kami berjalan kaki ke bilik mengundi di sekolah berkenaan.

Ustaz Azizan berbaris panjang bersama pengundi lain di saluran 1. Ramai yang menegur, beliau dilihat berseloroh dengan mereka.

Rata-rata pengundi di situ berkopiah, bertudung labuh, memanggil 'Ustaz' bila ternampak Pesuruhjaya PAS Kedah itu. Saya berbisik dengan Wan Zahari, "itu orang PAS kot, sebab tu tegur ustaz."

Selesai membuang undi, Ustaz Azizan - sebelum kami bersalaman untuk meninjau di kawasan lain - sempat berkata, "Enta perasan tak, suasana hari ini macam di Kelantan tahun 1990."

"Ya ka Ustaz?" balas saya. Nak mengaku lebih-lebih pun tahun 1990 saya baru di tingkatan lima, dan tak pernah pun pergi Kelantan masa itu, hanya menyorak kawan-kawan yang menyokong Umno di bilik TV asrama B, Kolej Sutan Abdul Hamid.

Dari Bukit Besar, kami melalui jalan utama Sungai Petani-Alor Star, masuk ke jalan Alor Mengkudu, mencari Dr Ismail Salleh, calon PAS Dun Alor Mengkudu. Kami bertemu di Tok Keling, rupanya di situ kubu PAS. Bagi saya dua tempat tadi belum dapat dibuat apa-apa kesimpulan mengenai mood pengundi.

Kami bertolak pula ke Jalan Datuk Kumbar, sempadan Parlimen Pokok Sena dan Alor Star, singgah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kumbar. Bergenang air mata saya apabila melihat kalangan kaum Cina memegang payung, bendera dan sepanduk PAS.

Mereka berkempen. Di situ amat kurang kelibat perayu undi BN. Lama juga Wan Zahari mengambil masa merakamkan gambar di situ. Jam 1 petang. Saya belum menunaikan tugas untuk mengundi, lalu kami terus ke Taman Aman, Anak Bukit. Bangsal panas BN di situ pun tidak seperti biasa, sudah kurang petugas berbanding jumlah petugas di bangsal panas PAS.

Keluar dari bilik mengundi, baru tergerak hati untuk mengikuti Haji Amirudin, calon PAS Dun Anak Bukit. Tiba-tiba beliau muncul di Taman Aman, saya bertanyakan peratus keluar mengundi di tempat-tempat yang telah beliau lawati. Katanya, lebih 70 peratus.

Peratusan itu bagi Anak Bukit agak tinggi. Ada sedikit kebimbangan dalam hati, apa tidaknya Anak Bukit semestinya mahu dirampas kembali oleh BN.

Kerana tidur yang tidak menentu dalam tempoh kempen, mata sudah lali, letih, tetapi saya ingin melihat reaksi pengundi bukan Melayu dengan lebih dekat. Destinasi terakhir pilihan saya adalah Dun Kubang Rotan, mengikuti calon PAS Mohd Nasir Mustafa kerana beliau banyak program tersendiri dengan masyarakat Cina.

Beliau risau dengan kawasan pengundi Melayu. Sedangkan pengundi Cina memberikan reaksi positif apabila beliau bersalaman dengan mereka.

Kami balik ke markas di Kubang Rotan, 'rumah rasmi' kami ketika bertugas dalam pilihan raya ini. Kawan-kawan di situ memberikan gambaran cukup baik, kata mereka, orang Umno akan tolong PAS kali ini.

Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, dari rumahnya di Kg Raja, Kubang Pasu hantar SMS, "agak anta kita dapat berapa?" Saya membalas, paling tinggi 10 kerusi. Saya mengambil kira empat dari lima kerusi yang dimenangi pada 2004 boleh dipertahankan, Belantek kalah kerana 1031 pengundi pos di sana.

Jam 6 petang Wan zahari ke Arau, Perlis, sementara saya menuju ke bandar Alor Star kerana ada rakan ingin berjumpa. Dalam perbualan dia memberitahu, PAS boleh bersiap-siap kerana "dah menang".

Saya tidak menunjukkan reaksi terkejut tetapi terpaksa berfikir sejenak. Benarkah apa yang diberitakan rakan tadi kerana maklumatnya selalu tepat memandangkan tugas beliau yang rapat dengan bahagian risikan.

Kira-kira jam 7 malam, saya dihubungi Setiausaha PAS Kedah, Yusuf Husin. Katanya, panggil semua wartawan malam ini jam 10 atau 11.00 malam ke Kompleks PAS Kedah. Pelik bunyinya. Beliau ramalkan BA akan menang lebih 20 kerusi Dun.

Sampai di kompleks, ada sekitar 20 petugas, tetapi dalam bilik gerakan sudah jadi macam pejabat bursa saham. Laporan dari saluran-saluran seluruh negeri mula masuk melalui emel dan faks.

Saya bertemu Yusuf yang lebih dikenali Pak Cup, bincang apa nak tulis dalam Harakahdaily. Katanya, boleh masuk dulu kenyataannya, Kedah dah menang 15 kerusi.

"Ini bukan melawak, kalau tulis menang dah 15, tau-tau kalah malu ana yang tulis," kata saya.

"Anta tulis cukuplah, ana yakin kita menang 20 kerusi lebih, kita akan perintah Kedah Helmi," jelas beliau.

Ketika rancak menyusun idea, salah seorang petugas bilik gerakan meneriak, "Merbau Pulas confirm dah menang." Dua kali dia ulang. Akhir sekali dia beritahu Yusuf, "Merbau Pulas confirm Ustazah Aishah Ghazali, Ketua Muslimat PAS Kedah dah menang."

SMS pun banyak yang masuk, banyak juga panggilan yang saya abaikan. Detik hati saya berkata, kalaulah Merbau Pulas boleh menang, saya percaya ramalan Yusuf tadi, dia juga orang lama dalam jentera pilihan raya PAS Kedah.

Bilik gerakan terus menambah jumlah kerusi yang dimenangi. Nak tulis pun sudah payah; tulis menang enam, tiba-tiba tambah lagi dua kerusi. Berita Kedah menang 15 kerusi keluar, makin banyak SMS dan panggilan masuk. Saya kata, insyaallah PAS akan menang di Kedah.

Laungan takbir makin gamat di luar pejabat. Di ruang Dewan Dato' Haji Fadzil penuh dengan pemuda membawa bendera PAS, rakan dari bilik media di Mentaloon turut SMS sekitar jam 9.45, "PAS menang, tahniah."

Carta Dun yang dimenangi genap 15 kerusi, keADILan sudah empat kerusi, 19 kerusi. BA sudah menang simple majority, sah BA menang di Kedah.

Kemudiannya DAP pula mengesahkan kemenangan di Kota Darulaman, Bebas menang di Bukit Selambau, dan akhirnya PAS menambah bilangan kerusi di Tanjung Dawai.

Para wartawan mula berada di Kompleks PAS sekitar jam 10 malam. Itu juga antara petanda awal PAS dah menang. Melihat ramainya rakyat dalam dewan, amat terharu dan bersyukur, pada usia ini, saya melihat pelbagai sejarah yang terukir untuk PAS. Lutfi turut bekejar untuk menyaksikan pembentukan sejarah baru Kedah.

Walaupun masih bersekolah, saya faham PAS sudah menawan Kelantan pada tahun 1990. Tahun 1999 saya melihat PAS menang di Terengganu, 13 Jun 2002 lalu, kita meratapi kehilangan Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Dan Mac 2008, saya melihat parti yang saya sayangi dinobatkan rakyat sebagai kerajaan di Kedah.

Syukur di atas segala yang berlaku.

3/09/2008

Suasana di WISMA DARULAMAN selepas PAS menawan KEDAH

ketika mengetahui keputusan bakal berpihak kepada PAS, aku dan Acura terus bergegas kesana, sampai aje disana.. org belum ramai... kamis empat tangkap beberapa gambar.. lepas tuh baru lah FRU mula sampai.. dan semakin ramai dan ramai.........tahniah PAS..KEDAH diTAWAN



3/07/2008

Rumah AbgFir lagi



Edit kali kedua gambar rumah... geram sangat yang mula2 dulu rasa macam tak beshhhh jer....

Anak raja puaka dari JB..



Najib yang handsome lagi macho dan OTAI.....




Nih Sorang lagi nak makeup..



katanya rambut dia sesuai kaler tuh... elok ler ....nama dia Fie...


Gambar Kenangan kenduri Acura..



siapa yang berkenaan.... lain kali datang lagi ..

Ct SAFA.. jurumekap pengantin



kerja dia mekap org kahwin.. hari nih aku pula mekap dia....


Bob & Ina



macam drama filem....


Zuelita dan Kamera handset



Gambar dari telefon bimbit yang di tokok tambah


Lia Sofia HDR



3/06/2008

Slipz.....

Dia nih namanya Slipz.. gambar dia cerah sangat terpaksa edit buang cahaya berlebihan .. baru nampak elok sikit

gambar turun tangga plak tuh




Kenduri Acura

Gambar semasa kenduri Acura di Kota Sarang Semut Kedah

Anak Chub Chubby JB

Ini pula gambar anak chub , memang comel.... aku tengok mak dia tak der makeup pun.. so aku tolong taruk kan.....



Gambar Edy JB

Hari nih aku luangkan masa adjust gambar member aku nih, oleh kerana dia seorang yg baik, jujur, baik, bagus, dan baik hehehheh aku tolong luang masa untuk gambar dia...


ini hasilnya




3/04/2008

Rumah AbgFir




Setiap hari aku memahirkan diri dengan Photoshop nih...

nih gambar rumah aku..... siapa yg baisa datang tuh ... tengok ler...