4/26/2008

Bao We-Kon Glai Bahn คนใกล้บ้าน





Aku tatau apa nama lagu, apa maksud lagu, apa dia semua aku tatau..

dengar sudah, lepas tuh kita pie hadyai bercuti disana.....

4/20/2008

BeatBox - Mulut Melayu awat tak jadi macam nih



Kita jarang tengok orang main mulut...

maksudnya mengeluarkan bunyi2 lagu dari bibir dan lidah.... aku pun tak reti nak habaq..

hampa tengok jer lah sendiri...

4/11/2008

(The Bible version of Fitna) - video SCHISM balas video FITNA

JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video
selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang
menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert
Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil
yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman
memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur
keganasan. untuk lihat video tersebut: http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk

Sambungan artikel:

“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam
‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya. Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna.

Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya. “Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan
keganasan dan pertumpahan darah. Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,”


kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac,
ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali
semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi

source: SINI

4/10/2008

Kreatif kalau nak minta DUIT

Biasanya kita terus bersuara kepada kawan, ahli keluarga atau bos kalau kita perlukan duit... biasanya macam tuh lah....

tapi mamat nih aku nampak cara dia kreatif.... dia tak bercakap sepatah pun.... dia cuma gunakan kemahiran dia menarik minat orang....

aku cuma ambik teladan disini ialah.... bila kita menarik minat orang terhadap kita... apa yang kita nak lebih mudah dari sebelum nya...


4/09/2008

Kisah LIA SOFIA lagi!!




dengan tak semena2 pagi nih dapat satu email....





isi kandungan dia lagu nih





Dear Firdaus,


Thank you for the photo. The little girl is cute. Can you please register for her directly at http://www.modelgalaxies.com/ as talent?


we need her other details to arrange suitable shooting jobs for her.

Please feel free to contact us for any other enquiries.

Thank you.



Best regards,
Human Resource Department

Model Galaxies (001703444-U)
42B, Jalan SS21/58, Damansara Utama (Uptown),
47400 Petaling Jaya.
Selangor. Malaysia.





depa nak suruh anak aku jadi model.... tatau lah.. aku pikir dulu...