5/02/2008

1978

Mengikut catatan surat beranak aku (dah kuning dah kertas tuh) tertulis yang aku dilahirkan pada 20-ogos-1978, ini bermakna pada tanggal tersebut aku juga telah dilahirkan pada tarikh 16-Ramadhan 1398 .. secara ringkasnya aku mempunyai 2 tarikh lahir.

ditulis juga disituh yang aku dilahirkan pada waktu maghrib... kalau dah bulan pose, time tuh garenti org tengah busy nak berbuka puasa...difahamkan juga aku dilahirkan dirumah, bukan di hospital seperti orang2 lain...

Baba aku nih namanya Abdul Rahman Bin Taib dan Mama aku pula Sabariah binti Shafiee, orang kubur anang, pendang... aku dilahirkan di Kg Pokok pauh, kubur panjang.

apa pun bermula dari sekarang sedikit demi sedikit aku akan cungkil kembali cerita2 lama, yang berstatus sejarah, untuk dikongsi... yang lelain tuh macam gambar kalau sempat jumpa aku akan re post semula di mana2 part yang sesuai...

buat masa ini hanya cerita yang akan dipaparkan.


mengikut kajian Dato Dr fadhilah Kamsah..

tarikh lahir ini mempunyai beberapa watak yang akan aku bawa sepanjang hayat.. kita lihat.. dan kita akan tengok ...

20 Ogos 1978

Anda adalah penyelesaian masalah. Anda adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Anda selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Anda sangat suka mengendalikan manusia. Anda melihat manusia secara objektif. Anda akan memberitahu seseorang dengan cara Anda tersendiri bahawa Anda adalah ketua.


juga dalam riwayat yang lain

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi. dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

Tiada ulasan: