2/25/2009

Tuan Tanah KeDaun

nih lah tuan tanah kedaun blog nih

Wajah org lama


Wajah seorang tukang masak kenduri di kampung aku, merangkap pak menakan aku...pak nyang husin

ohh man bidin


Hampa kenai dak dia nih siapa..?


dulu zaman 70an dia nih pemandu kereta lumba, org lama2 kenai la... aku kenai pun masa tahun 90an .. dia tak teruskan minat dia sebab keluarga larang, kemudian dia memandu teksi.. tuh pun beracun juga... skrg dia dah tua, byk rilex dekat rumah saja. aku terserempak. tanya khabar, ambik gambar dia buat kenangan....

Warna yang berlebihan dalam monitor





Lia sofia dan Aku

2/24/2009

Aku ingin bebas


Kebebasan hak milik setiap insan.. bagii beruk duduk la situh diam2

2/22/2009

Trip aku ke Hadyai & Songkla | Festival Lantern

Selama 2 hari trip ke Songkla & hadyai, sambil tengok Festival tanglung ( lantern) di hadyai. ini antara gambar2 yang sempat di ambil


Seperti biasa, tempat2 perhentian biasanya ada saja org jual macam2, seperti bunga, buah-buahan, gamabr nih diambil diatas feri ketika menyusuri laut songkla


Kawan yang join sekali dalam trip


Ada juga yang kreatif ubahsuai lighter jadi mcm nih



antara himpunan makanan dalam jualan di festival tanglung


lemang kat thailand saiz dia kecil, isi sama saja.





sempat juga ambil gambar Encik Zakaria daud (nama asal) kat hadyai huhuhuhuhu




Festival Tanglung











Apa benda nih




















perhentian minyak




yang nih aku tak kenai.. tapi dia pose free ja kat aku, masa kat pantai songkla.. layan jer lah



kat pantai nih, kebetulan byk burung merpati.. jinak2 pula tuh



panning?








org nak tangkap gamabr dia plak nak lompat



2/17/2009

luar pantai langkawi menuju ke kuala kedah

Gambar dari atas feri langkawi, balik dari job langkawi shrimps

luar pantai langkawi menuju ke kuala kedah

Gambar dari atas feri langkawi, balik dari job langkawi shrimps

matahari terbenam dari pemandangan feri langkawi

Gambar dari atas feri langkawi, balik dari job langkawi shrimps

2/06/2009

HIDUP PERLU DITERUSKAN


HIDUP PERLU DITERUSKAN, originally uploaded by abgfir.

Walaupun rebah suatu ketika dulu menyembah bumi, hari ini setelah sekian lama , ia bangkit semula, walaupun belum jauh kepuncak, berbanding yang lain, tetapi halatujunya sudah betul, masa dan kesabaran yang akan menentukan.

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Rumah Ku Syurga Ku


Rumah Ku Syurga Ku, originally uploaded by abgfir.

Gambar diambil sewaktu ada job untuk pengantin.biz , Semasa melalui laluan kampung ke rumah kenduri itu , saya ternampak rumah nih yang bagi saya unik, sebab di bina didalam bendang sawah.. rumah nih adalah rumah rehat milik tuan nya.

2/01/2009

Pengisytiharan dibuat 5 Februari 2009 POKOK SENA DAERAH KE 12 DI KEDAH

Apabila menjadi sebuah daerah penuh semua urusan penduduk melalui Pejabat Daerah tidak lagi perlu datang ke Alor Star. Pejabat Daerah di sini memberi perkhidmatan berkaitan pembangunan luar bandar (projek-projek kecil), bencana alam dan kesihatan, cukai setem dan pelesenan (cukai hiburan).
Oleh: AMELIA HASHIM

POKOK SENA - Encik Zahari Ismail adalah Pegawai Daerah kedua bagi Daerah Kecil Pokok Sena tetapi selepas ini beliau adalah Pegawai Daerah Pokok Sena yang pertama apabila daerah ini diisytiharkan sebagai daerah penuh. Sebelum ini Tuan Haji Zauki Musa yang sekarang bertugas di Daerah Bandar Baharu. Encik Zahari menggantikan beliau bermula pada 15 Mei 2008.

Menurut Encik Zahari, sebelum ini Pokok Sena dikategorikan sebagai daerah kecil seperti Air Itam dan Merbok. Pada 5 Februari 2009 nanti Daerah Pokok Sena bakal mencatat sejarah apabila diisytiharkan sebagai daerah ke 12 di Kedah oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
Apabila menjadi sebuah daerah penuh semua urusan penduduk melalui Pejabat Daerah tidak lagi perlu datang ke Alor Star. Pejabat Daerah di sini memberi perkhidmatan berkaitan pembangunan luar bandar (projek-projek kecil), bencana alam dan kesihatan, cukai setem dan pelesenan (cukai hiburan).

Katanya peristiharan ini memang dinanti-nantikan. Ini kerana keluasan dan jumlah penduduk sudah layak untuk mempunyai daerah sendiri. Oleh itu pada 26 November 2006 Jemaah Menteri telah bersetuju daerah ini dinaik taraf daripada daerah kecil kepada daerah penuh.
"Pembangunan sedang pesat berjalan dalam semua bidang. Dari segi tempat rekreasi untuk pelancongan katanya, telah dikenal pasti sebuah tempat yang terdapat lata. Kawasan ini masih kosong akan dibangun sebagai tempat pelancongan. Tetapi masih di dalam perancangan mungkin akan dimasukkan ke dalam program Rancangan Malaysia Ke-10.

"Selain itu, kita juga bercadang mewujudkan kawasan 'bandar baru' yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan. Kawasan yang cantik seluas 400 hektar yang terletak di Jalan Pokok Sena ke Gajah Mati. Di sini juga letaknya Penjara Pokok Sena. Ini juga masih di dalam perancangan," ujarnya.

Tambahnya lagi, dari segi pembangunan Pokok Sena ada potensi besar untuk berkembang. Kawasan di Mukim Jabi telah menjadi milik bebas yang memberi kemudahan kepada pelabur. Ini ditambah dengan kemudahan jalan raya Alor Star ke Durian Burung merentasi daerah ini.
"Sebelum Pejabat Daerah beroperasi Pejabat Tanah Daerah memulakan perkhidmatan untuk orang ramai berurusan di sini. Begitu pun perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan masih di Bandaraya Alor Star, walaupun daerah ini mempunyai lebih 7000 pegangan yang layak membayar cukai," ujarnya.

Sebagai Pegawai Daerah Encik Zahari menaruh harapan yang Pokok Sena akan membangun sama seperti daerah-daerah lain dalam semua aspek.